Thursday 23 February 2012

Jeram Ngaji

Bertemu lagi,kali ini saya nak berkongsi gambar yang dirakam pada pertama kali berouting dengan otai2 landscape di Kelantan.banyak ilmu2 diperturunkan dan idea2 dlm melibatkan diri dalam teknik slowshutter ni.terima kasih pada geng Kelantan.Gambar ini diambil sekitar awal tahun 2011 dan banyak lagi skill yg belum lagi mahir,apapun layan lah…..


Slow shutter

Hai,,terima kasih saya ucapkan kerana sudi melihat blog saya yg simple ini.Hari ini saya nak berkongsi gambar landscape pula tapi teknik slowshutter.Apa itu slowshutter?,,slowshutter adalah satu teknik yang paling popular bagi org berlandscape ini kerana gambar yang dirakam kebanyaknya mefokuskan pada moment pergerakan sesuatu yang tidak akan diperoleh pada setiap masa.teknik ini hanya boleh dilakukan apabila kita menyekat cahaya memasuki sensor kamera dan membenarkan masa tertentu untuk membiarkan cahaya diperolehi  apabila mirror diangkat.Susah gak bagi tutorial ni,sorry ler saya tak pandai nak mengajar,wakakah.Tapi yang basiknya mcm tadi lah Cuma perlu penambahan beberapa alat2 untuk menyekat cahaya in,antaranya pengunaan ND filter.Jenis Nd pula mcm2 ader,bergantung kepada pengunaan itu sendiri..antaranya ND400,ND8,ND4,ND2 dan mcm2 lagi bergantung pada jenama itu sendiri.kalau nak lebih boleh ler bergoogle untuk menjawab persoalan ynag timbul..antara contoh menggunakan teknik ini…layan satu…he..he..he..
Contoh pic


Lebah mencari madu

Assalamualaikum…
Hari ini saya nak kongsi gambar MAKRO yang diambil pada pertengahan tahun 2011.Saya outing seorang diri di taman herba tasik perdana dengan menggunakan gajet yang simple iaitu ET+50mm1.8 dgn DIY flash softbox.Gambar diambil pada f8,shutter speed dlm 1/320 sec dan ISO400 serta flash power manual (1/4).Agak sukar untuk mengambil kerana subjek bergerak2 dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan moment yang terbaik,kerana gajet yang saya gunakan ini memerlukan skill manual ‘tekuk’ focusing yang tinggi dan perlu memahami DOF yang dikehendaki.Dari pada 30 keping hanya 3 sahaja pilihan yang terbaik saya…ini dia hasilnya…..wakakah….

1)terbang mencari bunga yg manis madunya


2)dah jumpa ,tapi kena la cucihama dulu(wakakah)


3)sedut time,yam2…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,nama saya mohd zarmizi Nor.Minat dalam berfotography sejak kecil lagi,namun apakan daya kewangan dan situasi yang tidak mengizinkan.kamera yang pertama saya miliki adalah kamera filem jenis Kodak (siri tak ingat),cukup sedap dipetik cuma petik2 tak nampak hasil selagi kita tak pergi ‘cuci’.setelah lama diam dlm berfoto ni,saya sambar pula camera canon powershot yg jenis snap&shot,selepas guna selama setahun kamera tersebut rosak.Diganti pula dengan kamera Ricoh s6 yang x kurang hebatnya dan sampai sekarang ada lagi cuma adik pula yang ambil kamera tersebut..selepas itu saya beralih pula kepada DsLR pula,,pakai Nikon yang basic jer D3000 dan sampai sekarang masih lagi guna sebagai untuk mengambil gambar.Maka diblog ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak gambar2 yg diambil selama 2 tahun bermain DsLR secara serius.Sebarang komen2 dan cadang amat di alu-alukan…terimakasih…..wassalam….

Monday 6 February 2012

lady bird kot

Gambar di rakam dibelakang rumah pada tahun lalu.kumbang ini tidak takut pada manusia so kalau nak blajar untuk kali  pertama sangat bagus mencari kumbag ini.EXIF untuk ambil gambar ini
f6
iso 400
shutter 1/60
cahaya flash buat sendiri(nanti saya tunjuk mcm ner flash tu)wakakah..
ok layan..

Bermakro

Assalamualaikum..
Sebut jer makro,mesti melibatkan benda kecil yang dirakam menggunakan alat2 yg berkanta besar.Dalam teknik ini biasa org menggunakan ET(extension tube) yg elextronik @ pun yg manual.semuanya berbeza darisegi harga  mahupun penggunaan.ET tersebut disambungkan pada lens 50mm sebagai contohnya.kalu berduit blh ler cari Tamron SP90mm lens..lens ni memang sesuai sangat untuk permulaan bermakro dan yg penting autofokus.Tak payah dok pening2 kepala nak manual fokus cari benda halus.Sebenarnya banyak lagi alat2 yg terlibat dalam bidang makro ini.Walau apapun bila dah try sekali pasti selalu nak buat lagi.Kenapa saya berkata demikian kerana banyak perkara yg kita jimat seperti model yg percuma dan memerlukan alatan yg ringkas pun boleh melalukannya. tapi yg penting org Makro ni biasanya tidak akan merosakan habitat asal haiwan @ tumbuhan yg dirakam.Jadi kita kenalah jaga semua tu...ok itu sahaja stakat ini,aku pun x ler pandai sangat nak bagi tutorial ni,,,layan gambar jer lah dulu...

Gambar ni mengunakan ET+50mm manual fokus dan pendik kata semua gambar makro saya mengunakan gajet murah yg berharga kurang dari RM500( ET RM45 + 50mm RM350).. standert makro bagi beginner mcm aku ni..

Saturday 4 February 2012

Selamat Malam Kuala Lumpur

Gambar yg dirakam sewaktu balik dari expo HOME DECORATION di PWTC,,lokasinye aha..di bridge PWTC yang cross sungai Klang..HDR 5 expose.sila komen n review..he..he..

Sekapuran sirihan......

Assalamualaikum dan salam sejahtera  kerana sudi mengunjugi blog saya ini.Blog yang sudah lama saya impikan untuk dibuat tetapi atas kekangan dan faktor-faktor lain banyak menganggu dalam usaha untuk membina blog seperti ini.Atas sokongan isteri tercinta supaya meraka satu dimensi alam maya seperti ini agar gambar-gambar yang dirakam tidak hilang dimamah usia dan hilang begitu saja,maka terhasilah satu ruangan yanng boleh berkongsi idea dan pendapat.Bijak jugak bini saya ni,..he..he..Aapapun,sokongan dari semua amat diperlukan dalam memajukan lagi apajua perkara yang saya lakukan,jadi diharap ada komen-komen yang membina,kritikan pedas dan komen ejekan amat diperlukan sepaya saya dapat lagi berkarya dengan mengunakan cahaya ini.Insyaallah,blog ini akan selalu di update dan sama-sama lah kita berkongsi...
wassalam....

'usang di tepian pantai'

Antara gambar HDR yg 'the best' saya buat menggunakan HDR editing software..sungguh membangkitkan semangat untuk berfotography selepas dipostkan dalam FDMC dan mendapat byk pujian dari otai2 landscaping dalam forum web site tersebut...thanks untuk semua...